Rabu, 14 Ogos 2019

STPM PENGAJIAN AM CONTOH KERJA KURSUS 2018


MASALAH GANGGUAN BEKALAN AIR DI JALAN THAMBY KECHIL
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di bawah tajuk “Masalah Gangguan Bekalan Air Di Jalan Thamby Kechil”, di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama ialah mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil. Objektif kedua ialah mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil. Seramai 30 orang responden dari Jalan Thamby Kechil terlibat dalam kajian ini.. Kaedah yang digunakan adalah soal selidik, temu bual, rujukan dan pemerhatian. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk linear serta jadual, graf dan carta. Daripada dapatan kajian, faktor kekurangan sumber air mentah merupakan faktor yang utama menyebabkan masalah ini. Dari sudut yang lain, kesan gangguan bekalan air yang paling serius ialah rutin seharian tergendala. Dapatan dan kesimpulan daripada kajian ini ialah semua penduduk Jalan Thamby Kechil haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini dengan pihak berkuasa dengan secepat mungkin. .Semoga dengan kajian ini, masalah ini boleh ditangani dengan secepat mungkin oleh pihak berkuasa.


PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Telok Air Tawar khasnya Puan Pengetua SMK Telok Air Tawar  Pn Hajah Jusniar Bt Ab Jalil dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Pn Faridah bt Angkasah kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini .
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Pn Nor Liyana Bt Ismail selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi, iaitu Encik Tee  dan Puan Goh dan jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.
Selain itu, saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada responden-responden yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual bagi mendapatkan persepsi mereka berkenaan dengan tajuk kerja kursus saya ini.
Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam 6A2, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.


1.0  PENGENALAN  
Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Krisis air di Lembah Klang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.
Oleh itu, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan asas atau prasarana bagi membahagikan pembekalan air dengan lebih efektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : prasarana bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan lain-lain)  yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. Contohnya pihak kerajaan telah membina beberapa empangan air untuk tadahan air dan dapat membekalkan sumber air kepada beberapa tempat yang tertentu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 70 peratus daripada badan kita ialah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.
Namun, Pada 2010, Pertubuhan Air Dunia melaporkan bahawa permintaan terhadap air telah meningkat tiga kali ganda sejak tahun 1950 berbanding penambahan populasi dunia sebanyak dua kali ganda. Ini bermakna permintaan air dunia telah meningkat hasil daripada peningkatan tahap kehidupan dan teknologi moden. Yang menjadi ironi ialah negara-negara yang mempunyai sumber air semula jadi yang melimpah seperti Malaysia turut mengalami masalah ‘tekanan’ air yang berkemungkinan besar disebabkan penambahan jumlah air tercemar dan penggunaan air bersih yang tidak terkawal.
Menurut statistik daripada Jabatan Bekalan Air Malaysia , pada Februari 2014, krisis air telah diisytiharkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor apabila kemarau panjang mengeringkan takungan air di negeri-negeri ini. Kekurangan air telah mula menjadi fenomena biasa di Malaysia semenjak 1982 di Kedah diikuti dengan Melaka pada 1991. Kes terburuk adalah krisis air Selangor 1998 yang telah menjejaskan lebih kurang 1.8 juta penduduk untuk tempoh enam bulan.
Pada 2002, fenomena ini menjalar ke Perlis seterusnya Negeri Sembilan dan Johor pada 2005. Memandangkan kebanyakan daripada krisis air yang besar berlaku di Selangor (1998, 2002, 2007, 2012, 2013 dan 2014). Fenomena ini mungkin merupakan petanda bahawa sumber air sedang mengalami ‘tekanan’ akibat daripada pembangunan dan perancangan yang gagal untuk mengambil kira had keupayaan alam sekitar untuk melalui proses pemulihan secara semula jadi.
Dengan menurut pemerhatian pengaji, lokasi Jalan Thamby Kechil ini juga mengalami gangguan bekalan air yang amat serius. Sebagai contoh, tekanan bekalan air harian di Jalan Thamby Kechil ini memang sangat rendah dan tidak cukup bagi penduduk di setempat. Catuan air juga akan terlaku sebulan sekali. Dengan ini, gangguan bekalan air ini memang membawa implikasi yang banyak kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, tekanan bekalan air ini memang telah menganggu rutin keharian penduduk. Kerja penyelenggaraan setempat juga menyebabkan masalah yang memang leceh ini. Oleh itu, pengaji berminat untuk menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor dan juga kesan-kesan yang memyebabkan gangguan bekalan air ini. Dengan ini, pengaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini.
Kesimpulannya, masalah ini memang haruslah diatasi dengan secepat mungkin supaya hidupan harian tidak terganggu. Oleh itu, kajian ini memang perlulah dijalankan untuk mengaji faktor dan kesan gangguan bekalan air dan secara tidak langsung mengatasi masalah ini.







Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif yang telah disusun.
        i.            Mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air yang sering berlaku di Jalan Thamby Kechil, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
      ii.            Mengaji kesan gangguan bekalan air ini kepada penduduk di Jalan Thamby Kechil, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.



3.0 Lokasi kajian
3.1 Negeri Pulau Pinang
Kajian ini dijalankan di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.
Jumlah keluasan kedua-dua pulau dan Seberang Perai adalah 1,031km persegi dan ianya dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan juga dua jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5km dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 24km
Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi.
Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.
Peta 1 : Peta Negeri Pulau Pinang

3.2 Daerah Seberang Perai
Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U) adalah salah satu daripada 5 daerah di Pulau Pinang. Ia adalah daerah terbesar sekali dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53 km persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.
Pusat Pentadbiran Daerah S.P.U. telah berpindah dari Bandar Butterworth ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Pusat Pertadbiran Baru bagi Daerah Seberang Perai Utara ini telah dan akan menempatkan juga Jabatan Kerajaan / Agensi Negeri dan Pusat serta NGO seperti Jabatan Kerja Raya, Kompleks Sukan MPSP, Hospital Daerah, Bangunan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, PBA, Jabatan Bomba, Pusat Budi Penyayang dan lain lain.
Terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat (4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain. Parlimen Kepala Batas sendiri merangkumi 8 mukim dengan jumlah penduduk seramai 84,915 orang.
Dari segi lokasi, kedudukan S.P.U. sangat strategik bersempadankan kawasan pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah.   Dalam pada itu, Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga (IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Dua kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan dan Butterworth - Kulim Expresway (BKE) menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.
Pada dasarnya kemudahan air dan elektrik daerah SPU telah mencapai tahap 95% dengan sebilangan kecil kawasan sahaja masih belum dibekalkan dengan bekalan air kerana masalah pemilikan tanah.  Kemudahan Jalanraya adalah memuaskan di mana kawasan- kawasan perkampungan telah dihubungi melalui rangkaian jalan minitar di bawah program Projek Jalan Kampung.
Peta 2 : Peta Daerah Seberang Perai Utara
Sumber : https://www.google.com/maps/place/North+Seberang+Perai,+Penang/@5.4840377,100.3635777,12z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x304adaa42f5eac61:0x4b8ea0f643411489!8m2!3d5.5148341!4d100.4355477

3.3 Lokasi Jalan Thamby Kechil
Jalan Thamby Kechil merupakan jalan yang agak lama di Raja Uda. Sepanjang jalan tersebut terdapat pelbagai jenis perniagaan. Antaranya terdapat kedai menjual peralatan elektronik, kedai membaiki motorsikal dan pusat tuisyen. Selain itu, kedai makanan juga boleh dicari di jalan tersebut. Antara kedai makanan yang amat terkenal ialah Restoran Subaidah yang terletak di hujung jalan tersebut. Kedai tersebut ialah kedai nasi kandar yang buka selama 24 jam sehari. Terdapat banyak penduduk yang memang suka pergi makan di kedai tersebut.
Penduduk yang tinggal di Jalan Thamby Kechil terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Walaupun penduduk setempat berbilang bangsa dan kaum, tetapi mereka berhidup dengan bersatu padu.
Peta 3 : Lokasi Jalan Thamby Kechil


4.0 METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian yang dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek.

4.1 Reka bentuk kajian
            Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik. Maklumat juga boleh diperolehi daripada data sekunder penyelidikan yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil dan mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang.

4.2 Instrumen Kajian
         Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal selidik, kaedah rujukan.
Kaedah
Instrumen kajian
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Borang temubual, rujukan, pemerhatian

Jadual 1 : Kaedah Instrument Kajian

4.2.1 Kaedah Soal Selidik
Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data dan mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk Jalan Thamby Kechil. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan. Borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah tentang maklumat asas responden. Bahagian B adalah soalan-soalan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang. Bahagian C pula mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang. Jawapan responden adalah berdasarkan skala peringkat seperti yang ditunjukkan di jadual di bawah. Borang soal selidik ini diedarkan pada tarikh 1 Mac 2019, masa 6.13 petang. 

Perkara
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak Bersetuju
Sangat Tidak Bersetuju
Skor
5
4
3
2
1

Jadual 2 : Skala Likert

4.2.1.1 Cara mendapatkan responden
         Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang. Responden terbatas kepada penduduk yang tinggal di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk Jalan Thamby Kechil mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri.

4.2.2 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian memerlukan pengkaji memerhati sendiri di tempat kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat , sah dan boleh dipercayai. Masa pemerhatian ini telah direkodkan dalam Lampiran 2.

4.2.3 Kaedah Rujukan
Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan dengan menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Kebanyakan maklumat yang pengkaji dapati terdapat di dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Di samping itu, buku-buku pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji. Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa.

4.2.4 Kaedah Temu Bual
           Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual dengan beberapa penduduk di Taman Riang, Butterworth. Kaedah ini dapat memudahkan pengkaji untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada responden berbanding dengan kaedah soal selidik. Responden boleh memberi keterangan yang jelas melalui pertuturan tentang kaedah yang sebenar di taman permainan tersebut. Pengkaji juga boleh mendapat maklumat dengan memerhati reaksi responden semasa temubual dilakukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Terdapat 8 soalan disediakan untuk dijawab oleh 3 orang responden.

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, proses menganalisis kajian akan dilakukan. Bahagian A borang soal selidik mengandungi data yang berkaitan dengan demografi responden manakala dalam Bahagian B, data dianalisiskan kepada jenis gangguan air yang sering berlaku di Jalan Thamby Kechil dan faktor-faktor yang ditahui oleh respondan terhadap berlakunya masalah gangguan bekalan air ini. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan di bahagian ini bagi menganalisis data yang berbentuk skala likert.

4.4 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang lengkap. Data yang telah diperoleh akan dianalisis menggunakan graf, carta dan jadual. Seterusnya, pengkaji turut menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan Skala Likert 5 aras.
Perkara
Sangat Kerap
Kerap
Tidak Pasti
Jarang
Sangat Jarang
Skor
5
4
3
2
1

Jadual 3 : Skala Likert
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Demografi Responden
Untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap gangguan bekalan air yang berlaku di Jalan Thamby Kechil, seramai 30 orang penduduk telah dipilih. Huraian analisis latar belakang melibatkan umur, jantina , kaum , taraf pendidikan dan kekerapan penggunaan air dalam sehari telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
Umur
Bilangan (orang)
Peratusan (%)
Kurang daripada 21 tahun
10
33.33
21-30 tahun
6
20.00
31-40 tahun
2
6.67
41-50 tahun
6
20.00
51-60 tahun
2
6.67
Melebihi 60 tahun
4
13.33

Jadual 1 : Umur Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2019


Daripada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas, terdapat 6 lingkungan umur dalam kalangan 30 orang responden. Lingkungan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Responden yang berumur kurang daripada 21 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang iaitu 33.33% daripada jumlah 30 responden. Seterusnya ialah umur 21-30 tahun dan umur 41-50 tahun yang merupakan dua golongan yang mempunyai bilangan responden yang sama dengan seramai 6 orang bersamaan 20.00%  manakala umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun pula terdapat bilangan responden yang sama dan paling kurang iaitu 2 orang bersamaan 6.67% masing-masing. Responden yang melebihi 60 tahun pula mempunyai 4 orang dengan sebanyak 13.33% daripada jumlah responden. Bilangan responden yang paling rendah ialah golongan umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun. Hal ini kerana penduduk yang tinggal di Jalan Thamby Kechil mamang banyak terdiri daripada generasi muda yang sedang membaca. Oleh itu, golongan kurang daripada 21 tahun merupakan golongan yang mempunyai peratus tinggi peratus dalam kajian ini. Hal ini juga disebabkan perkhidmatan pendidikan seperti tuisyen dan perpustakaan awam merupakan sektor yang utama sepanjang Jalan Thamby Kechil. Bukan itu sahaja, perniagaan makanan juga merupakan sektor yang penting sepanjang Jalan Thamby Kechil. Restoran-restoran yang berniaga sepanjang jalan memang menjual makanan yang sedap. Oleh itu, ramai warga emas juga berminat untuk tinggal di Jalan Thamby Kechil.

5.2 Faktor Menyebabkan Gangguan Bekalan Air di Jalan Thamby Kechil
5.2.1 Jenis Gangguan Bekalan Air yang berlaku di Jalan Thamby Kechil
5.2.1.1 Catuan Air
Bilangan (orang)
Peratusan (%)
Sangat Kerap
13
43.33
Kerap
10
33.33
Tidak Pasti
5
16.67
Jarang
1
3.33
Sangat Jarang
1
3.33

Jadual 6 : Kekerapan Catuan Air Berlaku di Jalan Thamby Kechil
Sumber : Kajian Lapangan 2019

Jadual 6 dan Rajah 6 telah menunjukkan persepsi penduduk setempat terhadap kekerapan catuan air berlaku di Jalan Thamby Kechil. Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pengkaji, kekerapan yang paling tinggi ialah sangat kerap berlaku dengan seramai 13 orang iaitu 43.33%, manakala skor kerap, terdapat 10 bersamaan 33.33% daripada jumlah responden. Seterusnya, sebanyak 5 orang responden bersamaan 16.67% yang memilih tidak pasti. Kekerapan yang paling sedikit ialah jarang dan sangat jarang yang mempunyai bilangan responden yang sama iaitu 1 orang masing-masing dengan peratus 3.33% daripada jumlah responden. Oleh itu, pengaji mendapati catuan air memang kerap berlaku di Jalan Thamby Kechil ini.
5.2.2.1 Faktor Kerja-kerja penyelenggaraan
Skor
Bilangan (orang)
Peratusan (%)
Sangat Setuju
8
26.67
Setuju
14
46.67
Tidak Pasti
6
20.00
Tidak Setuju
2
6.67
Sangat Tidak Setuju
0
0.00

Jadual 10 : Faktor Kerja-kerja Penyelenggaraan yang Menyebabkan Gangguan Bekalan Air di Jalan Thamby Kechil
Sumber : Kajian Lapangan 2019

        Berdasarkan Jadual 10 dan Rajah 10, didapati responden yang bersetuju dengan penyataan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sebagai faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah paling banyak iaitu seramai 14 orang bersamaan 46.67%. Hal ini kerana Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan penyelenggaraan kerja iaitu membaiki jalan raya yang sudah lama. Perkara inilah yang menyebabkan penduduk setempat berpendapat bahawa kerja pengyelenggaraan ini akan mengganggu paip-paip air bawah tanah yang berperanan untuk mengalirkan bekalan air kepada penduduk. Selain itu, terdapat juga 8 orang bersamaan 26.67% yang sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Terdapat juga responden yang tidak pasti bahawa adakah faktor ini yang menyebabkan kekurangan bekalan air dengan 42.86% daripada jumlah responden yang bersetuju dengan penyataan ini iaitu 6 orang. 2 responden bersamaan 6.67%. Responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini kebanyakkan terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PT3 yang masih tidak tahu tentang penyelenggaraan kerja ini. Tiada responden yang memilih skor sangat tidak setuju.
6.0 Rumusan Dan Kesimpulan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, penduduk Jalann Thamby Kechil mempunyai pandangan yang berbeza terhadap faktor dan kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil.
Daripada dapatan kajian bahagian B, jenis gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Jalan Thamby Kechil ialah masalah penurunan paras air dengan seramai 14 orang responden bersamaan 46.67% yang memilih sangat kerap dan 9 orang responden bersamaan 30.00% yang memilih kerap. Diikuti dengan masalah catuan air dengan 10 orang responden bersamaan 43.33% yang menjawab sangat kerap dan 10 orang responden bersamaan 33.33% yang menjawab kerap. Seterusnya ialah masalah bekalan air yang tidak bersih dengan hanya seorang responden bersamaan 3.33% yang memilih sangat kerap dan 12 orang responden bersamaan 40.00% yang memilih kerap. Akhir sekali, jenis gangguan air yang sangat jarang berlaku di Jalan Thamby Kechil ialah bekalan air yang mengandungi klorin berlebihan dengan tiada responden yang memilih sangat kerap dan kerap.
            Menurut analisis kajian pengkaji, faktor yang paling utama dalam menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah faktor kekurangan sumber air mentah dengan merekod sebanyak 26 orang responden yang bersetuju  bersamaan 86.67 responden dan diikuti dengan faktor kegunaan air pada masa yang sama dengan seramai 23 responden iaitu 76.67% responden yang bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya ialah faktor kerja-kerja penyelenggaraan dengan sebanyak 22 orang responden bersamaan 73.33% yang bersetuju. Seterusnya ialah seramai 13 orang bersamaan 43.33% bersetuju bagi faktor paip air terbocor, 12 orang bersamaan 40.00% bersetuju bagi faktor cuaca panas berpanjangan dan 11 orang bersamaan 36.67% bersetuju bagi faktor gangguan bekalan elektrik di logi rawatan air. 8 pula orang responden bersamaan 26.67% yang bersetuju dengan faktor kekurangan kapasiti logi rawatan air dan faktor yang paling kurang disetujui oleh responden ialah faktor kekurangan kapasiti sistem agihan dengan hanya 7 orang yang bersetuju bersamaan 23.33%.
            Daripada analisis kajian pengaji terhadap rutin seharian terhadap penggunaan air penduduk di Jalan Thamby Kechil, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan penduduk menggunakan air pada waktu 5.00 petang hingga 7.00 malam dan diikuti dengan waktu 12.00 tengah hari hingga 5.00 malam. Seterusnya ialah waktu 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari diikuti dengan waktu 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Waktu 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi pula masa yang sedikit penduduk menggunakan air untuk menjalankan rutin seharian
            Seterusnya, kebanyakkan penduduk di Jalan Thamby Kechil memerlukan lebih daripada 700 litre air sehari dengan seramai 15 orang bersamaan 50.00%. Seterusnya ialah 10 responden bersamaan 33.33% yang menggunakan 500 – 700 litre air sehari dan diikuti 300 – 500 litre sehari dengan seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih pernyataan ini. Seorang pula responden bersamaan 3.33% menggunakan bilangan yang menggunakan 100 – 300 litre air sehari.  Tiada seorang responden yang menggunakan kurang daripada 100 litre air sehari.
            Pengkaji mendapati bahawa kesan yang paling serius disebabkan gangguan bekalan air ini ialah rutin seharian tergendala dengan seramai 29 orang responden bersamaan 96.67% yang bersetuju diikuti dengan pembaziran masa dan penangguhan kerja dengan jumlah responden yang bersetuju dengan pernyataan ini yang sama dengan seramai 20 orang responden bersamaan 66.67%. 14 orang responden bersamaan 46.67% yang bersetuju dengan kekurangan sumber minuman dan diikuti dengan12 orang responden bersamaan 40.00% yang bersetuju dengan gangguan emosi.  Seterusnya ialah 10 orang responden bersamaan 33.33% yang bersetuju dengan penyakit mudah merebak.
            Secara kesimpulan, bekalan air yang cukup memang penting untuk manusia. Faktor yang paling utama dalam menyebabkan masalah gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah kekurangan sumber air mentah dan kesan yang paling serius disebabkan oleh masalah gangguan bekalan air ialah rutin seharian tergendala. Oleh itu, penduduk di Jalan Thamby Kechil berharap pihak berkuasa boleh mengatasi masalah gangguan bekalan air ini dengan secepat mungkin.



RUJUKAN
1.   Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Bin Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahrudin Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-teknik Dalam Geografi, Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh.

2.   Kamus Dewan Edisi Keempat (Cetakan Kedua), 2007  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

3.   Pulau Pinang. Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara, 2019. Profil Daerah  2019. Seberang Perai Utara: Pejabat Daerah Dan Tanah

4.   Profesor Dr. Wan Izatul Asma Wan Talaat. “Kepentingan Air Dalam Kehidupan” dlm Utusan Malaysia, 05 April 2016

5.   Norrasyidah Arshad. Penduduk sedia hadapi gangguan bekalan air dlm Berita Harian , 8 Oktober 2018

5 ulasan: